Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Top posters
elairvent
 
decks
 
nadirah87
 
butterfly
 
Zero
 
Fox
 
Mikail
 
budakbaru2009
 
Reko
 
cisqo87
 



apa itu erti maaf??

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

apa itu erti maaf??

Post by butterfly on Tue Jul 14, 2009 3:30 pm

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya
walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja..
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku
pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah
paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau
sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya
mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut
kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua
paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama
lagi seperti sebelumnya.. Bila kau menyatakan sesuatu atau
melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,
sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau
dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan
menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan..
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
What a Face

butterfly
Forumer

Female Number of posts: 127
Age: 23
Location: Mache Qlate
Job/hobbies: student
Registration date: 28/11/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Post new topic   Reply to topic
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum